Sep 29, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Assalamualaikum... Saya serta keluarga dan seluruh warga kerja kumpulan MEGAPADU mengucapkan..

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR DAN BATIN"

Semoga kita semua mendapat keberkatan di hari yang mulia ini...


Datin Azie
WANITA IKON 2007

Jul 30, 2008

PELUANG PERNIAGAAN MENGUNTUNGKAN



Salam...

Disini saya ingin memanjatkan rasa syukur kepada ALLAH S.W.T kerana memberi kemampuan saya untuk menubuhkan satu perniagaan yang dapat saya kongsikan bersama yang lain. Sejak beberapa bulan yang lepas, saya telah membuat persediaan untuk menubuhkan satu jenama terbaru dibawah salah satu Syarikat saya iaitu Dermilab Sdn. Bhd. yang juga memiliki jenama KAYLA BEVERLY HILLS. K.LIFE merupakan adik kepada jenama KAYLA akan menjalankan perniaggan secara MLM iaitu jualan langsung. Alhamdulillah.. berkat usaha yang bertungkus-lumus, produk keluaran K.LIFE telahpun berada dan dijual dalam pasaran sejak pertengahan bulan July yang lepas. Permintaannya amat menggalakan dan saya rasa amat bersyukur...

Saya telah dibantu oleh dua orang tulang belakang saya iaitu EN Hamidon yang telah berhidmat di dalam jualan langsung ini lebih 30 tahun dan juga En. Nizam yang merupakan Pengurus Besar saya yang berpengelaman lebih 10 tahun dalam perniagaan Jualan Langsung. Mereka juga dibantu oleh beberapa orang kakitangan yang saya amat kagum & bangga dengan kesungguhan mereka melaksanakan impian ini. Syabas!

Tujuan saya menubuhkan jenama K.LIFE adalah untuk berkongsi perniagaan ini dengan usahawan-usahawan yang lain maupun bakal-bakal usahawan yang ingin maju dan berjaya dalam perniagaan. Konsep yang diperkenalkan adalah secara networking dan teamwork. Saya percaya, hanya dengan teamwork, kita akan berjaya contohnya saya sendiri, jika tiada suami saya sebagai "partner", pengurus-pengurus saya dan staff-staff saya, tidak mungkin saya dapat menerajui kesemua syarikat-syarikat saya. Mereka semua adalah sebahagian dari sayap perjuangan saya dalam perniagaan. Begitu jugalah dalam perniagaan K.LIFE ini, bekerja dalam teamwork atau berkumpulan, sudah pasti akan berjaya. Cuma kita harus memastikan kumpulan kita sentiasa bersatu tidak kira walau apa pun badai yang mendatang, kita pasti akan tetap bersama dan semestinya berjaya.

K.LIFE ditubuhkan dengan niat untuk berkongsi keuntungan dengan yang lain. Kesedaran ini timbul setelah saya mendapat banyak soalan "Datin, tidak ada apa-apakah perniagaan Datin yang boleh Datin berkongsi bersama kami". Mereka yang bertanya adalah dari golongan yang ingin sekali menjalankan perniagaan tetapi tidak tahu apa, bila, dimana dan bagaimana. Jadi, timbullah keinginan saya untuk menubuhkan jenama K.LIFE khusus untuk tujuan berikut. Penubuhan K.LIFE ini juga bukan sahaja dapat saya berkongsi keuntungan, tetapi juga dapat berkongsi rahsia kejayaan saya dalam perniagaan, keluarga dan masyarakat sambil dapat merapatkan diri saya dengan ahli-ahli perniagaan K.LIFE.

Plan Pemasaran K.LIFE adalah yang terbaik kerana saya tidak menubuhkan syarikat ini untuk meraih keuntungan semata-mata, kerana saya telahpun mempunyai beberapa syarikat yang menguntungkan saya..alhamdulillah. Pembahagian keuntungan adalah lebih adil dan saksama supaya kita sama-sama akan maju dan beroleh keuntungan setimpal dengan usaha yang kita lakukan. Saya bernekad, "akan melakukan usaha yang tidak putus-putus untuk meneruskan niat saya ini tidak kira walau apapun cabaran yang mendatang" . Jadi saya berharap, kepada mereka yang ingin bersama-sama saya menerajui perniagaan ini supaya bersedia untuk meraih keuntungan yang lumayan, menikmati satu kehidupan yang harmoni dan menjalani satu perniagaan yang diberkati...insyaallah..

Dengan ini, saya ingin menjemput anda semua terutama kepada mereka yang sedang tercari-cari perniagaan yang ingin dijalankan ke PERASMIAN JENAMA K.LIFE seperti maklumat dibawah:


KITA JUMPA DISANA !!!
DATIN AZIE
Wanita Ikon

SUSULAN BENGKEL/KLINIK USAHAWAN


Assalamualaikum...
Baru-baru ini saya ada berjumpa dengan beberapa peserta bengkel usahawan yang telah diadakan pada bulan Mac lalu.. Saya rasa sungguh bersyukur kerana mereka semua mendapat manfaat dari bengkel tersebut. Susulan dari bengkel/Klinik Usahawan tersebut, saya telah menghantar surat rayuan dan sokongan kepada penal-penal yang hadir pada hari itu. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang telah mengambil tidakan susulan dari surat berkenaan dengan memanggil mereka yang telah mengisi borang Masalah Perniagaan untuk rundingan mendapat pinjaman dan juga premisis perniagaan. Disini, saya ingin menasihatkan peserta yang telah ditawarkan pinjaman dan premisis perniagaan dari MARA itu mengambil kesempatan tersebut dengan penuh rasa tanggungjawab. Insyaallah, dengan sikap yang bertanggungjawab dan bersyukur, kita akan dapat menjalankan perniagaan kita dengan keredaan NYA..

LAWATAN KE TERNAKAN LINTAH DAN IKAN KELI




Assalamualaikum semua..

Lama rasanya saya tidak menulis di blog ini. Kesibukan saya menguruskan perniagaan dan aktiviti Wanita IKON tidak membenarkan saya berbuat demikian..
Walau apa pun.. disini saya ingin berkongsi pengalaman saya dengan lawatan rombongan aktiviti Wanita IKON ke ladang ternakan Lintah Dan Ikan Keli..amat berfaedah.
Lawatan ini disertai oleh lebih kurang 30 usahawan wanita dan lelaki yang ingin memulakan perniagaan tersebut. Ianya amat menguntungkan. Saya menyeru kepada sesiapa yang berminat, silalah dapatkan senaskah MAJALAH WANITA bulan OGOS untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai lawatan saya itu dan contact person syarikat yang saya lawati itu.
Selepas lawatan tersebut, saya telah membuat beberapa penyelidikan mengenai perniagaan ini, ianya begitu menguntungkan dalam jangka masa yang pendek. Saya telah membuat perbandingan 'Return Of Investment(ROI)' dan hasilnya adalah amat memberangsangkan. Kepada sesiapa yang mempunyai tanah, janganlah disia-siakan kerana ianya boleh mendatangkan keuntungan kepada anda. Sesiapa yang ingin mendapatkan hasil kajian saya tentang investment ini, sila e-mail saya ke azie@kayla.com.my. TQ

Cover Majalah Wanita



Dapatkan Majalah Wanita Bulan MEI.. ada cerita menarik didalamnya..ikuti perkembangan Wanita IKON seterusnya di setiap keluaran Majalah WANITA dalam sekmen DAIRI WANITA IKON..

Apr 11, 2008

KLINIK USAHAWAN


Baru-baru ini, saya telah mengadakan 'BENGKEL KLINIK USAHAWAN' di bangunan MECD, Putrajaya. Sambutan klinik ini amat menggalakkan dimana seramai lebih kurang 60 peserta telah menghadiri klinik tersebut.

Tujuan saya mengadakan klinik ini adalah untuk membantu golongan usahawan yang menghadapi masalah perniagaan mereka. Di klinik ini saya telah menjemput pegawai-pegawai dari agensi-agensi Kerajaan dan juga dari pihak Bank yang saya rasa boleh membantu dalam menyelesaikan masalah peserta-peserta bengkel ini.

Peserta-peserta bengkel ini juga telah di beri motivasi oleh saya sendiri bagaimana ingin mengendalikan perniagaan mereka dengan betul. Perniagaan yang dijalankan dengan betul dari awalnya akan berjaya kemudian hari. Tidak guna jika kita boleh menjual barangan kita tetapi 'operation dan foundation' kita tidak teratur. Kemudian peserta diperkenalkan dengan pegawai-pegawai yang dijemput khas untuk menyelesaikan masalah perniagaan yang mereka hadapi sekarang. Kebanyakan masalah yang dihadapi adalah masalah kewangan. Pegawai-pegawai yang dijemput telah menberi sepenuh komitmen kepada peserta-peserta sehinggakan ada diantara peserta yang hadir telah mendapat pinjaman serta merta..alhamdulillah.

Saya amat puas dan berterima kasih kepada pegawai-pegawai yang dijemput seperti MECD (bahagian promosi), MARA, SMIDEC, BANK RAKYAT, BANK PERTANIAN, SME BANK, MIDF. Terima ksaih juga kepada pihak Pengurusan MECD kerana telah membenarkan kami menggunakan Dewan Pameran MECD tersebut.

Selepas Klinik ini berlansung, saya telah mendapat banyak jemputan untuk mengadakan lagi bengkel sedemikian bukan sahaja di Lembah Kelang tetapi juga di luar dari Kuala Lumpur. Insyaallah..saya akan cuba untuk melaksanakannya demi membantu golongan usahawan yang memerlukan bantuan tetapi mereka tidak tahu bagaimana caranya. Saya juga berharap kepada peserta-peserta yang hadir pada hari tersebut untuk 'follow up' dengan pihak-pihak berkenaan demi mencapai apa yang dihajat. Saya cuma membantu, andalah yang menentukannya....SELAMAT MAJU JAYA.

DATIN AZIE

Mar 14, 2008

WANITA IKON KE UDARA DI WANITA FM


Asalammualaikum..semua..

Pada hari ISNIN dan KHAMIS, saya akan keudara di siaran radio WANITA FM iaitu satu-satunya siaran radio khas untuk wanita melalui talipon pada pukul 8:15 pagi. Kepada sesiapa yang ingin mendengar Motivasi Pagi ini, bolehlah mendengarnya dari siaran RADIO WANITA FM di 88.1 . Saya akan ke udara bersama Navigator ZIE untuk memberi kata-kata nasihat dan pandangan saya tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh ramai wanita..

Jadi, tunggukan hari dan masa seperti diatas untuk mengikuti siaran tersebut...Khas dari saya kepada semua pendengar wanita yang dikasihi..