Mar 14, 2008
WANITA IKON KE UDARA DI WANITA FM
Asalammualaikum..semua..
Pada hari ISNIN dan KHAMIS, saya akan keudara di siaran radio WANITA FM iaitu satu-satunya siaran radio khas untuk wanita melalui talipon pada pukul 8:15 pagi. Kepada sesiapa yang ingin mendengar Motivasi Pagi ini, bolehlah mendengarnya dari siaran RADIO WANITA FM di 88.1 . Saya akan ke udara bersama Navigator ZIE untuk memberi kata-kata nasihat dan pandangan saya tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh ramai wanita..
Jadi, tunggukan hari dan masa seperti diatas untuk mengikuti siaran tersebut...Khas dari saya kepada semua pendengar wanita yang dikasihi..
ANAK YATIM KG MEDAN
Asallammualaikum...
Baru-baru ini, saya telah ke rumah anak-anak yatim di Kg Medan untuk majlis bacaan yasin oleh ibu-ibu tunggal dan anak-anak yatim itu. . Pada hari tersebut, saya telah memberi sumbangan berbentuk wang bulanan dan juga bekalan makanan harian mereka. Sumbangan seumpama memang telah saya melakukannya sejak beberapa tahun yang lalu, cuma tahun ini, saya telah menyenaraikan aktiviti ini sebagai salah satu aktiviti Wanita Ikon tahun ini.
Saya merasa sungguh kasihan dengan mereka kerana rumah ini hanyalah dikendalikan oleh orang perseorangan iaitu Hajah Kamariah yang menanggung segala perbelanjaan anak-anak ini dengan duit pencen beliau dan sumbangan orang ramai (jika ada). Saya berharap dengan sumbangan saya yang tidak seberapa itu, dapatlah meringankan sedikit bebanan mereka.
Turut sama saya pada majlis tersebut beberapa ahli Usahanita Cheras yang juga memberikan sumbangan pada hari tersebut. Saya mengucapkan jutaan terima kasih diatas sumbangan yang telah diberikan. Semoga diri dan perniagaan anda diberkati oleh ALLAH S.W.T lebih-lebih lagi berkat doa anak yatim itu sendiri.
KEPADA SESIAPA YANG INGIN MENGHULURKAN BANTUAN DALAM BENTUK APA-APA SEKALIPUN, BOLEHLAH MENGHUBUNGI HAJAH KAMARIAH SENDIRI DENGAN NO TALIPON : 03 77814402(R) ATAU 016 6592392(H/P). Semoga kita semua di rahmati ALLAH S.W.T...amin.
Mar 2, 2008
DIALOG - KEYAKINAN DIRI
Assalammualaikum semua...
Baru-baru ini, saya telah mengadakan beberapa sesi motivasi kepada pelajar-pelajar Kolej dan juga beberapa kumpulan wanita di beberapa tempat di seluruh negara. Semasa sesi motivasi saya itu, saya mendapati bahawa kebanyakkan masalah yang dihadapi sekarang ini adalah KEKURANGAN TAHAP KEYAKINAN DIRI pada diri peserta-peserta program saya itu. Jika kita tiada keyakinan diri, kita tidak akan dapat memajukan diri kita untuk mencapai kejayaan hidup kita. Ini akan merugikan kita.
Saya ingin membincangkan apakah pekara yang membuatkan kita kehilangan keyakinan diri. Kepada sesiapa yang ingin memberikan pandangan atau mempunyai masalah ini, sila balas tajuk ini dengan memberi komen atau soalan supaya kita dapat sama-sama membincangkan pekara ini sambil mencari jalan untuk menangani masalah tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)