Mar 2, 2008
DIALOG - KEYAKINAN DIRI
Assalammualaikum semua...
Baru-baru ini, saya telah mengadakan beberapa sesi motivasi kepada pelajar-pelajar Kolej dan juga beberapa kumpulan wanita di beberapa tempat di seluruh negara. Semasa sesi motivasi saya itu, saya mendapati bahawa kebanyakkan masalah yang dihadapi sekarang ini adalah KEKURANGAN TAHAP KEYAKINAN DIRI pada diri peserta-peserta program saya itu. Jika kita tiada keyakinan diri, kita tidak akan dapat memajukan diri kita untuk mencapai kejayaan hidup kita. Ini akan merugikan kita.
Saya ingin membincangkan apakah pekara yang membuatkan kita kehilangan keyakinan diri. Kepada sesiapa yang ingin memberikan pandangan atau mempunyai masalah ini, sila balas tajuk ini dengan memberi komen atau soalan supaya kita dapat sama-sama membincangkan pekara ini sambil mencari jalan untuk menangani masalah tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Assalamualaikum Datin, saya harap tidak terlalu lambat utk sy ucapkan tahniah atas kemenangan Anugerah Wanita Ikon 2007.
Sebenarnya saya dah melawati blog Datin 2 bulan yg lalu tapi tak tinggalkan comment. Saya kagum dengan pencapaian Datin dlm bidang business dan juga khidmat sosial Datin. Nampaknya Datin juga giat dlm program motivasi. Program apa yg Datin jalankan?
Saya ingin sekali berhubung dengan Datin utk berkongsi pengalaman. Plse email me rosnani1@gmail.com
Assalammualaikum,
Terima Kasih diatas comment Rosnani di dalam blog WANITA IKON..Maaf jika saya terlambat menjawab...
Saya memang banyak memberi motivasi tentang apa2 saja masalah dalam kehidupan kita seharian, tidak kira tentang perhubungan keluarga, anak-anak, ibu tunggal ataupun keusahawanan. Rosnani boleh bertanyakan apa-apa saja kepada saya, insyallah akan saya cuba memberi pandangan dan nasihat saya.
Insyallah, mulai bulan May, MAJALAH WANITA akan menyiarkan ruangan SOAL WANITA IKON pada setiap bulan untuk saya menjawab tentang apa-apa pemasalahan orang ramai. Jika Rosnani mempunyai masalah dan ingin berkongsi dengan orang lain untuk dijadikan pedoman, Rosnani boleh menghantarkan surat kepada MAJALAH WANITA yang alamatnya akan disiarkan pada keluaran tersebut. Tetapi, jika Rosnani ada apa-apa soalan sulit, boleh e-mail terus kepada saya melalui alamat : azie@kayla.com.my
"Love Yourself Before U Love Others...Others Will Love You"
my colege!(da picture)...:)..
thanks datin azie for your cooperation in our program,,hope we will collaborate 4 da next times...
thanks...
Post a Comment