Jan 22, 2008

KATA-KATA DARI WANITA IKON

Assalammualaikum...
Saya rasa amat bersyukur kepada ALLAH S.W.T kerana saya telah dinobatkan Anugerah Wanita Ikon. Ini bukan sahaja Anugerah tetapi juga pengiktirafan keatas diri saya diatas segala penat lelah saya selama ini. Insyaallah.. saya akan menjadi IKON yang terbaik kepada semua wanita kursusnya di Malaysia ini..

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua juri kerana mempercayai kebolehan saya untuk menerajui anugerah tersebut. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga saya yang memang selama ini banyak berkorban dan memahami tanggung jawab saya kepada masyarakat, bangsa dan negara. Tidak lupa kepada semua wanita-wanita yang menyokong saya dan mempercayai saya selama ini, juga kepada yang telah mencontohi saya untuk berjaya dalam kehidupan mereka...Syabas kepada semua..

Saya bercadang didalam blog ini untuk mengadakan dialog kepada semua wanita untuk menyuarakan segala pemasalahan mereka supaya kita dapat berkongsi bersama-sama. Luahkanlah apa yang terpendam...insyaallah, saya dan juga wanita-wanita yang mengikuti blog ini juga boleh memberi komen ataupun jalan penyelesaian supaya beban yang di pikul dapat dikongsi bersama...

Sekian...wasalam..
DATIN NORMAZIAH SHEIKH MOHAMED
WANITA IKON 2007

P/S : Tunggu tajuk yang kita akan bincangkan....

Jan 21, 2008

KENDURI KESYUKURAN WANITA IKON

Wellcome to my house...
Aminnnnn.......
Terima Kasih diatas doa anda..
Bersama kawan2 yang mendoakan...
Bersama Ikons, Chef Erin & Dr Farah

ANAK-ANAK YATIM MENDOAKAN WANITA IKON

Bersama anak-anak yatim selepas Majlis membaca Yasin...amin..

Emmm...sayangnya anak yatim ni seperti anaknya sendiri..
Ustazah Membaca Doa..
Besama kawan-kawan Usahanita..

Jan 6, 2008

WANITA IKON PICTURE

BERSAMA KELUARGA TERSAYANG







Jan 2, 2008

NORMAZIAH DIPILIH WANITA IKON 2007 - UTUSAN, 2 Jan 2008



Oleh ROSLAH OTHMAN
NORMAZIAH SHEIKH MOHAMED.
KEBANYAKAN orang yang berjaya biasanya mempunyai pengalaman hidup yang cukup berliku. Demi memastikan apa yang dicita-citakan tercapai, mereka sanggup bermula dari bawah dan bertatih dari satu tangga ke satu tangga.
Namun, pengalaman hidup yang dilalui juga mampu mematang dan mendorong mereka untuk mencapai apa yang dicita-citakan.
Demikian jugalah dengan apa yang pernah dilalui oleh Datin Normaziah Sheikh Mohamed, 37, wanita cekal yang juga mempunyai kisah hidupnya sendiri.
Bagi wanita kelahiran Johor Bahru, Johor ini, kegagalan perkahwinan pertamanya tidak pernah membuatkan beliau menjadi manusia pasif, sebaliknya dijadikan iktibar untuk bangkit meneruskan kehidupan.
Demi membesarkan dua anaknya yang ketika itu masih kecil, beliau menceburi pelbagai bidang perniagaan termasuk kecantikan.
Menyingkap penglibatannya dalam bidang kecantikan, Normaziah bukanlah orang baru kerana sudah hampir 13 tahun dalam bidang tersebut.
Keputusan untuk mengambil hak ke atas jenama Kayla, produk yang diimport dari Beverly Hill, Amerika Syarikat di bawah syarikatnya, Dermilab Sdn. Bhd., merupakan antara langkah berani sepanjang penglibatannya dalam bidang kecantikan.
Kegigihannya untuk mengembalikan semula perniagaan Kayla, suatu ketika dulu begitu gah sebelum mengalami kejatuhan, membuktikan kekuatan yang ada dalam diri wanita ini.
Kalau dulu Kayla, 100 peratus mengimport barangan dari luar negara, kini jenama ini menghasilkan produk di sebuah kilang yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan dan mengeksport kembali ke luar negara.
Menerajui beberapa buah syarikat lain seperti Euro Mega Manufacturing, Mega Prestima Industries Sdn. Bhd, Bellini Resources (M) Sdn. Bhd. dan Dermilab Sdn. Bhd, beliau bukan sahaja berjaya mengetengahkan ciri-ciri unggul sebagai seorang ketua di pejabat, bahkan sentiasa menjadi sanjungan keluarga terutama oleh kesemua enam anaknya yang berusia antara empat hingga 20 tahun.
Ciri-ciri ini jugalah yang melayakkan beliau dipilih sebagai Wanita Ikon 2007 mengalahkan tujuh lagi peserta akhir pada majlis Anugerah Wanita Ikon 2007 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Anugerah tersebut julung kali diperkenalkan oleh Majalah Wanita terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd., dengan kerjasama Persatuan Usahawan Wanita Bumiputra ( Usahanita).
Normaziah menjadi pilihan para juri bukan sahaja kerana ciri-ciri kepimpinan dan kecemerlangan yang dimiliki, bahkan berdasarkan kegigihannya mengembangkan perniagaan dan pada masa sama tidak mengabaikan tanggungjawab sosial kepada masyarakat.
Hadiah
Berkongsi kegembiraan, wanita kecil molek ini menyifatkan anugerah tersebut sebagai hadiah kepada setiap individu yang banyak memberi sokongan dan dorongan kepadanya selama ini.
“Ia satu kejayaan peribadi dan pengiktirafan terhadap segala usaha dan penat lelah saya selama ini,” katanya yang turut aktif dalam kerja-kerja kebajikan.
Baginya, penglibatannya dalam kerja-kerja amal lebih didorong oleh kepayahan dan keperitan yang pernah dilalui ketika baru hendak bermula membangunkan perniagaan dulu.
Justeru katanya, kejayaan dan kemewahan yang diraih sekarang terasa lebih bermakna jika dapat dikongsi bersama golongan memerlukan seperti anak yatim dan ibu tunggal.
“Saya percaya jika kita ikhlas dan sentiasa percaya kepada Allah Taala, insyaallah akan tiba bahagiannya untuk kita. Apa yang membezakan cuma cepat atau lambat sahaja,” ujarnya penuh makna.
Wanita yang sentiasa berusaha mencari kelainan dan menjadi yang terbaik ini, mengakui selain prinsip yang dipegang, dorongan dan sokongan keluarga terutama suami dan anak-anak banyak mempengaruhi pencapaiannya.
Beliau yang bertemu jodoh dengan suami sekarang, Datuk Hanaffi Daud, 42, selepas hampir dua tahun sendirian mengharungi hidup, amat bersyukur kerana dikurniakan sebuah keluarga yang cukup bahagia dan memahami.
Pada malam penuh bermakna itu, Normaziah membawa pulang hadiah sebuah kereta Proton Persona sumbangan EON, barang kemas Habib Jewel bernilai RM30,000, wang tunai RM5,000 sumbangan Usahanita dan trofi kristal.
Beliau juga memenangi tiket penerbangan tajaan Pearl of The Orient dan barangan kosmetik dari Loreal Paris.
Beliau yang anggun mengenakan gaun petang gabungan warna kegemarannya, hitam dan keemasan, menerima anugerah tersebut daripada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Hadir sama, Sultanah Nora Ismail; Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Khamsiyah Yeop; Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz; Presiden Usahanita, Datuk Rokiah Omar; Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Mohd. Nasir Ali dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Khalid Mohd.
Pada majlis tersebut juga Dr. Zeti dianugerahkan sebagai Tokoh Wanita Ikon 2007 berikutan sumbangan dan jasanya kepada negara. Anugerah lain termasuk Usahanita Cemerlang 2007 yang diberi kepada Faridah Jabbar, Anugerah Ibu Tunggal Cemerlang 2007 (Haizah Hanizah Abd. Wahab), dan Anugerah Wanita Istimewa 2007 (Zainab Omar).
Tujuh lagi finalis Anugerah Ikon 2007 ialah personaliti, Maznah Zulkifli; usahawan dan bekas pengacara, Sharifah Shawati Syed Mohamad; pengasas produk kecantikan Aura Seri, Nor Zaina Ghani; peguam, Raja Riza Shazmin; Chef Azrin Zuliani Zainol; pengasas produk kecantikan Sendayu Tinggi, Rozita Ibrahim dan; doktor pembedahan plastik dan bekas gimnas negara, Dr. Farah Hani Imran.

Jan 1, 2008

PEMENENG WANITA IKON 2007


PEMENANG ANUGERAH IKON 2007

UTUSAN MALAYSIA 31 Dec 2007

Normaziah dinobat Wanita Ikon 2007
Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA

KUALA LUMPUR 30 Dis. – Seorang usahawan produk kecantikan, Datin Normaziah Sheikh Mohamed malam ini dinobatkan sebagai Wanita Ikon 2007 kerana usaha beliau dalam dunia kecantikan dan giat membantu kerja-kerja amal terhadap masyarakat.
Normaziah, 37, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Megah Padu yang sinonim dengan produk Kayla Beverly Hills membawa pulang hadiah sebuah kereta Proton Persona sumbangan EON, barang kemas bernilai RM30,000 daripada Habib Jewels, wang tunai RM5,000 sumbangan Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera (Usahanita) dan trofi kristal tajaan Majalah Wanita, terbitan Kumpulan Utusan.Beliau juga memenangi tiket penerbangan tajaan Pearl of The Orient dan barangan kosmetik dari Loreal Paris.

Normaziah menewaskan tujuh lagi finalis yang berjaya ke peringkat akhir anugerah tersebut iaitu personaliti, Maznah Zulkifli; usahawan dan bekas pengacara, Sharifah Shawati Syed Mohd; pengasas produk kecantikan Aura Seri, Nor Zaina Ghani; peguam, Raja Riza Shazmin; Chef Azrin Zuliani Zainol; pengasas produk kecantikan Sendayu Tinggi, Rozita Ibrahim dan doktor pembedahan plastik dan bekas gimnas negara, Dr. Farah Hani Imran.
Majlis tersebut dianjurkan oleh Usahanita dengan kerjasama majalah Wanita, Radio Wanita (WFM) dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Anugerah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Turut hadir ialah Sultanah Nora Ismail; Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Khamsiyah Yeop; Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz; Presiden Usahanita, Datuk Rokiah Omar; Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Mohd. Nasir Ali dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Khalid Mohd.
Pada majlis tersebut juga, empat lagi anugerah turut disampaikan kepada wanita-wanita yang memberi sumbangan kepada masyarakat.

Penerima tersebut ialah Dr. Zeti Akhtar yang menerima Anugerah Tokoh Wanita Ikon 2007 di atas sumbangan dan jasanya kepada negara dan usahawan, Faridah Jabbar yang menerima Anugerah Usahawanita Cemerlang 2007.

Penerima-penerima lain ialah ibu tunggal, Haizah Hanizah Abd. Wahab yang menerima anugerah Ibu Tunggal Cemerlang 2007 dan warga orang kurang upaya, Zainab Omar yang menerima Anugerah Wanita Istimewa Cemerlang 2007.
Sementara itu, Mohd. Nasir Ali dalam ucapannya berkata, pembabitan golongan wanita begitu meluas dalam semua aspek kehidupan dan kerjaya serta berjaya mencipta satu demi satu kejayaan.

‘‘Menyedari hakikat tersebut, Anugerah Wanita Ikon 2007 direalisasikan dengan objektif utama untuk memberi pengiktirafan kepada wanita yang telah berjaya,’’ katanya.
Anugerah ini, menurut beliau, adalah bagi mencari pelapis kepada usahawan wanita sedia ada agar boleh dijadikan contoh kepada wanita lain dan membentuk keyakinan diri mereka dan juga sebagai pemangkin ke arah kejayaan wanita yang lain.

Anugerah Wanita Ikon 2007 ini adalah anugerah eksklusif kepada seseorang wanita yang layak digelar ikon yang menepati ciri-ciri wanita berjaya dan berpersonaliti menarik, peribadi murni dan aktif membantu masyarakat.

‘‘Beliau juga mempunyai ciri-ciri kepemimpinan yang tinggi dan merupakan wanita serba boleh yang dilihat mampu menjadi contoh inspirasi kepada wanita lain seluruh Malaysia,’’ tambahnya.
Seramai 20 orang terpilih ke pusingan separuh akhir dan hanya lapan peserta berjaya melangkah ke peringkat akhir yang diadakan pada malam ini.
Juri profesional yang terlibat mengadili peserta adalah Pengarah Urusan Securiforce Sdn. Bhd., Datuk Maznah Hamid; penggiat seni, Datin Seri Tiara Jacquelina; Ketua Puteri UMNO, Datuk Noraini Ahmad dan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Datin Dr. Sharifah Zarah Syed Ahamad.