Apr 11, 2008

KLINIK USAHAWAN


Baru-baru ini, saya telah mengadakan 'BENGKEL KLINIK USAHAWAN' di bangunan MECD, Putrajaya. Sambutan klinik ini amat menggalakkan dimana seramai lebih kurang 60 peserta telah menghadiri klinik tersebut.

Tujuan saya mengadakan klinik ini adalah untuk membantu golongan usahawan yang menghadapi masalah perniagaan mereka. Di klinik ini saya telah menjemput pegawai-pegawai dari agensi-agensi Kerajaan dan juga dari pihak Bank yang saya rasa boleh membantu dalam menyelesaikan masalah peserta-peserta bengkel ini.

Peserta-peserta bengkel ini juga telah di beri motivasi oleh saya sendiri bagaimana ingin mengendalikan perniagaan mereka dengan betul. Perniagaan yang dijalankan dengan betul dari awalnya akan berjaya kemudian hari. Tidak guna jika kita boleh menjual barangan kita tetapi 'operation dan foundation' kita tidak teratur. Kemudian peserta diperkenalkan dengan pegawai-pegawai yang dijemput khas untuk menyelesaikan masalah perniagaan yang mereka hadapi sekarang. Kebanyakan masalah yang dihadapi adalah masalah kewangan. Pegawai-pegawai yang dijemput telah menberi sepenuh komitmen kepada peserta-peserta sehinggakan ada diantara peserta yang hadir telah mendapat pinjaman serta merta..alhamdulillah.

Saya amat puas dan berterima kasih kepada pegawai-pegawai yang dijemput seperti MECD (bahagian promosi), MARA, SMIDEC, BANK RAKYAT, BANK PERTANIAN, SME BANK, MIDF. Terima ksaih juga kepada pihak Pengurusan MECD kerana telah membenarkan kami menggunakan Dewan Pameran MECD tersebut.

Selepas Klinik ini berlansung, saya telah mendapat banyak jemputan untuk mengadakan lagi bengkel sedemikian bukan sahaja di Lembah Kelang tetapi juga di luar dari Kuala Lumpur. Insyaallah..saya akan cuba untuk melaksanakannya demi membantu golongan usahawan yang memerlukan bantuan tetapi mereka tidak tahu bagaimana caranya. Saya juga berharap kepada peserta-peserta yang hadir pada hari tersebut untuk 'follow up' dengan pihak-pihak berkenaan demi mencapai apa yang dihajat. Saya cuma membantu, andalah yang menentukannya....SELAMAT MAJU JAYA.

DATIN AZIE

Mar 14, 2008

WANITA IKON KE UDARA DI WANITA FM


Asalammualaikum..semua..

Pada hari ISNIN dan KHAMIS, saya akan keudara di siaran radio WANITA FM iaitu satu-satunya siaran radio khas untuk wanita melalui talipon pada pukul 8:15 pagi. Kepada sesiapa yang ingin mendengar Motivasi Pagi ini, bolehlah mendengarnya dari siaran RADIO WANITA FM di 88.1 . Saya akan ke udara bersama Navigator ZIE untuk memberi kata-kata nasihat dan pandangan saya tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh ramai wanita..

Jadi, tunggukan hari dan masa seperti diatas untuk mengikuti siaran tersebut...Khas dari saya kepada semua pendengar wanita yang dikasihi..

ANAK YATIM KG MEDAN





Asallammualaikum...

Baru-baru ini, saya telah ke rumah anak-anak yatim di Kg Medan untuk majlis bacaan yasin oleh ibu-ibu tunggal dan anak-anak yatim itu. . Pada hari tersebut, saya telah memberi sumbangan berbentuk wang bulanan dan juga bekalan makanan harian mereka. Sumbangan seumpama memang telah saya melakukannya sejak beberapa tahun yang lalu, cuma tahun ini, saya telah menyenaraikan aktiviti ini sebagai salah satu aktiviti Wanita Ikon tahun ini.

Saya merasa sungguh kasihan dengan mereka kerana rumah ini hanyalah dikendalikan oleh orang perseorangan iaitu Hajah Kamariah yang menanggung segala perbelanjaan anak-anak ini dengan duit pencen beliau dan sumbangan orang ramai (jika ada). Saya berharap dengan sumbangan saya yang tidak seberapa itu, dapatlah meringankan sedikit bebanan mereka.

Turut sama saya pada majlis tersebut beberapa ahli Usahanita Cheras yang juga memberikan sumbangan pada hari tersebut. Saya mengucapkan jutaan terima kasih diatas sumbangan yang telah diberikan. Semoga diri dan perniagaan anda diberkati oleh ALLAH S.W.T lebih-lebih lagi berkat doa anak yatim itu sendiri.

KEPADA SESIAPA YANG INGIN MENGHULURKAN BANTUAN DALAM BENTUK APA-APA SEKALIPUN, BOLEHLAH MENGHUBUNGI HAJAH KAMARIAH SENDIRI DENGAN NO TALIPON : 03 77814402(R) ATAU 016 6592392(H/P). Semoga kita semua di rahmati ALLAH S.W.T...amin.

Mar 2, 2008

DIALOG - KEYAKINAN DIRI


Assalammualaikum semua...

Baru-baru ini, saya telah mengadakan beberapa sesi motivasi kepada pelajar-pelajar Kolej dan juga beberapa kumpulan wanita di beberapa tempat di seluruh negara. Semasa sesi motivasi saya itu, saya mendapati bahawa kebanyakkan masalah yang dihadapi sekarang ini adalah KEKURANGAN TAHAP KEYAKINAN DIRI pada diri peserta-peserta program saya itu. Jika kita tiada keyakinan diri, kita tidak akan dapat memajukan diri kita untuk mencapai kejayaan hidup kita. Ini akan merugikan kita.
Saya ingin membincangkan apakah pekara yang membuatkan kita kehilangan keyakinan diri. Kepada sesiapa yang ingin memberikan pandangan atau mempunyai masalah ini, sila balas tajuk ini dengan memberi komen atau soalan supaya kita dapat sama-sama membincangkan pekara ini sambil mencari jalan untuk menangani masalah tersebut.

Jan 22, 2008

KATA-KATA DARI WANITA IKON

Assalammualaikum...
Saya rasa amat bersyukur kepada ALLAH S.W.T kerana saya telah dinobatkan Anugerah Wanita Ikon. Ini bukan sahaja Anugerah tetapi juga pengiktirafan keatas diri saya diatas segala penat lelah saya selama ini. Insyaallah.. saya akan menjadi IKON yang terbaik kepada semua wanita kursusnya di Malaysia ini..

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua juri kerana mempercayai kebolehan saya untuk menerajui anugerah tersebut. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga saya yang memang selama ini banyak berkorban dan memahami tanggung jawab saya kepada masyarakat, bangsa dan negara. Tidak lupa kepada semua wanita-wanita yang menyokong saya dan mempercayai saya selama ini, juga kepada yang telah mencontohi saya untuk berjaya dalam kehidupan mereka...Syabas kepada semua..

Saya bercadang didalam blog ini untuk mengadakan dialog kepada semua wanita untuk menyuarakan segala pemasalahan mereka supaya kita dapat berkongsi bersama-sama. Luahkanlah apa yang terpendam...insyaallah, saya dan juga wanita-wanita yang mengikuti blog ini juga boleh memberi komen ataupun jalan penyelesaian supaya beban yang di pikul dapat dikongsi bersama...

Sekian...wasalam..
DATIN NORMAZIAH SHEIKH MOHAMED
WANITA IKON 2007

P/S : Tunggu tajuk yang kita akan bincangkan....

Jan 21, 2008

KENDURI KESYUKURAN WANITA IKON

Wellcome to my house...
Aminnnnn.......
Terima Kasih diatas doa anda..
Bersama kawan2 yang mendoakan...
Bersama Ikons, Chef Erin & Dr Farah

ANAK-ANAK YATIM MENDOAKAN WANITA IKON

Bersama anak-anak yatim selepas Majlis membaca Yasin...amin..

Emmm...sayangnya anak yatim ni seperti anaknya sendiri..
Ustazah Membaca Doa..
Besama kawan-kawan Usahanita..